Thursday, September 16, 2010

Konsep Rezeki Datang Tidak Disangka-sangka

Salam,
Kita sering saja terdengar atau pernah belajar atau pernah terbaca tentang konsep duit atau rezeki datang atau dapat rezeki dengan tidak disangka-sangka apabila mengamalkan beberapa ayat berkaitan murah rezeki seperti ayat seribu dinar.


Ayat seribu dinar:

Mafhumnya:  Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (  yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.


Konsep rezeki tidak diduga:

Rezeki yang datang tidak diduga bukanlah rezeki datang seumpama pepatah 'Yang bulat datang bergoleh dan yang pipih datang melayang' tanpa ada usaha dan ikhtiar.

Perlu ada platform untuk menjadi pemakin supaya rezeki yang tidak diduga itu boleh datang kepada kita.Mungkin ada yang kata 'ulat dalam batu pun boleh hidup (maksudnya ada rezeki)', tetapi tahukah kita bahawa ulat itu berzikir tidak berhenti waktu berada dalam batu? Tahukah kita bila sampai waktu malam ketika kita diulit mimpi jadi kaya, ulat tersebut keluar makan pucuk kayu dan kemudian masuk semula dalam sarang batunya?

Itulah masalah kita yang jarang mengetahui apa sebenarnya dilakukan oleh mereka yang hidup mewah, berkereta besar dan berumah banglo, berpakaian cantik harga mahal-mahal, hidup senang tanpa perlu memulas tulang empat kerat, hidup bersenang-lenang tanpa keluar penuh,duduk dapat duit,tidur dapat duit,jalan dapat duit,shopping buat duit bukan buang duit.

Apa yang pasti kita sering beranggapan dan berprasangka buruh terhadap mereka. Sedangkan mereka ada usaha yang kita tidak nampak.Bukan bela toyol.Bukan main saham cepat kaya.Bukan main nombor 4D.

PERTAMA: Rahsia mereka hanyalah USAHA,DOA,TAWAKAL.

Apa USAHA mereka? Aku berusaha juga.
Apa didoakan? Aku ada berdoa juga.
Bagaimana mereka bertawakal? Akupun dah bertawakal.

Tapi kenapa mereka boleh berjaya, sedangkan aku tidak?
Jangan salahkan takdir.
Tentu ada kelemahan pada diri sendiri, perlu muhasabah.

KEDUA: Usaha dan Tawakal di Tempat yang Betul.

Dan percayalah hanya dengan bertapak di tempat yang betul barulah usaha membuahkan hasil yang diharapkan.







No comments:

Post a Comment